Skip to main content

Posts

Antara Timur Dan Barat, (1): Dalaman Atau Luaran?

Pendidikan mempunyai banyak jalan. Lewat pascamodernisme, bahkan barangkali lebih awal, yakni sewaktu pertembungan budaya ilmu Barat dan Timur, berlaku pertentangan nilai dan sikap terhadap kebenaran. Sebelum itu harus diingat, sikap terhadap kebenaran mempengaruhi pandang sarwa ('world view') sesebuah masyarakat; maka, pertembungan nilai dan sikap bermaksud pertembungan pandang sarwa dua atau lebih buah budaya. Dari pergelutan kultural ini, timbullah jalan-jalan baharu kepada pelbagai dimensi ketamadunan, atau seperti yang akan dihuraikan di sini, dari aspek pendidikan. Sejujurnya, tidak ada hal yang lebih kontra dan kontroversial dalam pertembungan budaya antara Timur dan Barat khususnya dalam aspek pendidikan melainkan teleologi (tujuan) dan epistemologi (tatacara) pendidikan. Memang wujud persamaan, seperti contoh, pendidikan adalah perubahan sikap dan pendidikan merupakan aset paling utama sesebuah bangsa. Akan tetapi, mengamankan teleologi dan epistemologi pendidikan
Recent posts

Perihal Pembentukan Disiplin Melalui Hukuman

Marilah kita berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Pertama, sememangnya tidak ada had dan garis panduan yang dipersetujui dalam perihal menghukum serta mengganjari murid sekolah. Budi bicara guru menjadi ukuran asas kemunasabahan tindakan yang dilakukan. Kedua, tidak ada had dan garis panduan asas pula terhadap reaksi ibu-bapa atau penjaga dalam menyikapi hukuman dan ganjaran yang dikenakan kepada anak-anak mereka. Justeru, mereka dilihat bebas untuk membuat apa saja tindakan, termasuklah tindakan fizikal dan legal. Ini meletakkan kedua-duanya dalam situasi runcing, satu kurang mempercayai yang lagi satu. Noddings, sewaktu mengemukakan pedagogi berasaskan kebahagiaan, dikritik hebat oleh para pedagogi kontemporari. Mereka mengatakan bahawa pendirian Noddings yang menyeru guru mengutamakan pengajaran moraliti telah mengalih fokus pendidikan daripada menghasilkan manusia kompeten. Kritik mereka lagi, pendidikan sedemikian seharusnya didapatkan di rumah pelajar itu sendiri, bu

Menyikapi Behaviorisme (Supra Ringkas)

Antara topik pedagogi yang paling senang diingati oleh mana-mana lepasan institusi perguruan adalah behaviorisme. Dalam terma yang paling ringkas, behaviorisme adalah pendekatan pedagogikal yang menggagaskan pembelajaran melalui peneguhan sikap. Teori ini mempunyai jenis peneguhan yang turut diringkaskan sahaja konsepnya di sini: peneguhan klasik, yakni pengamalan rangsangan-tindak balas yang bertujuan menjadikan suatu tindak balas sebagai sikap; peneguhan operan, yakni pengamalan tindakan-ganjaran yang bertujuan menetapkan tindakan yang telah dilakukan. Entah bagaimana, dalam sistem pendidikan, kita dimomokkan dengan pendapat bahawa teori ini tidak lagi sesuai digunakan kepada manusia, kerana ia kononnya merendahkan manusia kepada taraf anjing Pavlov, tikus Skinner dan spesimen Albert oleh Watson. Bakal pendidik digesa untuk meninggalkan pendekatan ini lantas beralih kepada pendekatan lebih bersifat kemanusiaan seperti demokrasi Dreikurs dan humanisme gagasan Rogers. Kita juga dise

Mendidik Melalui Ketularan

"Didiklah anakmu mengikut zamannya." Barangkali ayat di atas adalah antara ayat dalam bidang pendidikan yang sering disalah erti apatah lagi disalah guna. Modernis bahkan majoriti berpendapat, petikan di atas memberikan isyarat bahawa kita, golongan lama ini, perlu beralah kepada teknologi dan dominasi golongan teknokrat. Ia turut mengisyaratan bahawa teknologi adalah hak dan kewajipan dalam kita membesarkan generasi muda kita. Petikan ini, menandakan kematian perenialisme dan pendekatan pendidikan lama. Implikasinya, kita rela berhabis ribuan ringgit demi membestarikan sekolah dengan pelbagai kecanggihan peranti serta infrastruktur. Kita juga berhempas-pulas mengajar anak didik kita cara menggunakan teknologi agar mereka celik budaya moden dan tidak "tenggelam dek arus globalisasi". Percaya atau tidak, semua usaha berkenaan adalah propaganda? Ianya adalah indoktrinasi kultural yang bertujuan menghasilkan lebih ramai pengguna yang nantinya "terpaksa me