Antara topik pedagogi yang paling senang diingati oleh mana-mana lepasan institusi perguruan adalah behaviorisme. Dalam terma yang paling ringkas, behaviorisme adalah pendekatan pedagogikal yang menggagaskan pembelajaran melalui peneguhan sikap. Teori ini mempunyai jenis peneguhan yang turut diringkaskan sahaja konsepnya di sini: peneguhan klasik, yakni pengamalan rangsangan-tindak balas yang bertujuan menjadikan suatu tindak balas sebagai sikap; peneguhan operan, yakni pengamalan tindakan-ganjaran yang bertujuan menetapkan tindakan yang telah dilakukan.
Entah bagaimana, dalam sistem pendidikan, kita dimomokkan dengan pendapat bahawa teori ini tidak lagi sesuai digunakan kepada manusia, kerana ia kononnya merendahkan manusia kepada taraf anjing Pavlov, tikus Skinner dan spesimen Albert oleh Watson. Bakal pendidik digesa untuk meninggalkan pendekatan ini lantas beralih kepada pendekatan lebih bersifat kemanusiaan seperti demokrasi Dreikurs dan humanisme gagasan Rogers. Kita juga diseru untuk menggunakan kelembutan dan dialogik dua hala, agar orientasi pembelajaran murid datang dari kesedaran serta hati yang suci murni.

Adakah pendapat sebegini benar?
Dari pihak anti-behaviorisme (kognitivis, humanis), mereka mempunyai dua hujah. Pertama, ia tidak bersikap didaktik. Anti-behavioris mengecam pendekatan ini kerana ia jelas-jelas menyamakan pembelajaran dengan aktiviti fisiologikal manusia lain seperti makan dan minum. Sedangkan, menurut mereka, pembelajaran adalah tentang pengembangan penggunaan akal. Kedua, pendekatan behaviorisme juga dilihat sebagai tindakan "merasuah" murid untuk pandai, mengeksploitasi kecenderungan semulajadi mereka untuk mempelajari sesuatu meskipun perkara tersebut bukanlah hal yang mereka minati sebelum peneguhan dilakukan.

Sebetulnya, pembelajaran bukan hanya mengenai fenomena mental. Seperti yang dikatakan Vygotsky, antara tokoh pedagogi terpenting abad ke-20, pembelajaran adalah perubahan sikap berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. Tiada perubahan sikap yang berlaku tanpa pemerolehan pengetahuan atau kesedaran, maka semua jenis perubahan sikap adalah produk kepada pembelajaran. Dari sini, "pembelajaran behavioristik" dan "pembelajaran kognitif" tetaplah pembelajaran juga kedua-duanya, yang berbeza adalah domain serta fakulti manusia yang terlibat dalam setiap jenis pembelajaran. Dalam hal ini -- sekali gus menjawab hujah pertama -- golongan behavioris dilihat lebih bersikap terbuka dalam menyemak semula maksud pembelajaran.
Idea rangsangan-tindak balas (klasik) dan tindakan-ganjaran (operan) ini tidak dimulakan oleh B. F. Skinner, Thorndike, dan Watson sahaja. Falsafah lampau juga mengajar (malah mendidik!) manusia dengan konsep yang hampir sama. Tindak-tanduk baik dibalas dengan nirvana dalam Buddhisme, moksha pula imbalan perilaku luhur dalam Hindu, dan syurga-neraka adalah balasan untuk jenis kehidupan yang dipilih di atas bumi dalam tiga agama samawi. Adakah kita tergamak untuk mengatakan bahawa dalam kesemua gerakan spiritual ini, tidak ada proses pembelajaran yang boleh berlaku? Adakah kita mahu mengatakan bahawa didikan ruhaniah ini sebagai tidak sahih pula?
Perenggan ini untuk menjawab hujah kedua pula, dan ia dimulai dengan soalan: kalau suatu hukuman mampu membendung perbuatan mengambil dadah secara berlebihan, adakah kita tidak patut melaksanakannya, sebaliknya memberikan pendidikan kognitif-humanistik kepada penagih dadah tegar ini? Padahal, hukuman yang disediakan bertujuan untuk membina suatu keadaan di mana pendidikan boleh dilaksanakan. Katalah seorang manusia minat menghisap dadah (yang boleh melarat kepada jenayah lain), adakah anti-humanistik jika kita mengekang tindakannya itu dengan gari? Sebaliknya, adalah murni jika kita menjadikan pengetahuan mengenai proses psikofisiologi penagih dadah tersebut sebagai mukadimmah kepada pendidikan jiwanya.
Berbalik kepada sistem pendidikan negara, tiada satu pendekatan yang betul. Setiap situasi di bilik darjah mengundang reaksi yang tertentu. Tugas guru novis adalah mengawal perasaan, dan menguji setiap pendekatan yang dicadangkan baik behavioris, kognitivis mahupun humanis. Cuma beringatlah, yang kita semukai adalah manusia, ada jiwa, ada perasaan, ada akal fikiran di samping ada sistem gerak balas terhadap hukuman. Itu satu. Satu lagi, dalam apapun situasi, berusahalah menjadikannya sedidaktik mungkin. Murid membuli bukan sekadar ditampar kemudian disuruh pulang ke kelas. Jelaskan kepada mereka musabab hukuman tersebut, dan terangkan implikasi jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan (implikasinya jauh lebih buruk).
Jangan pula mereka yang percaya kepada behaviorisme ini menyikapi anak murid dengan sebatan saja. Sesekali, apabila kita melihat seorang pelajar yang terkenal dengan sikap vandalismenya mengutip sampah merata tanpa arahan sesiapa, bawalah dia ke kantin dan belanja dia segelas milo. Kemudian, berbuallah dengan dia mengenai sebab di sebalik amalan mulianya tadi, supaya dia benar-benar mengerti implikasi tindakannya itu bukan hanya kepada kebersihan sekolah, namun juga kepada kebersihan peribadinya. Kalian pasti akan terkejut betapa penting insentif sedemikian membantu mereka memperbaiki sikap mereka (in namanya behaviorisme didaktik).

Anti kepada behaviorisme adalah sama seperti anti kepada farmasi. Biarpun ianya sekular (ini tuduhan paling dramatik) dan bersifat ekstrinsik, ia jugalah yang berjaya membentuk jiwa manusia melalui kesedaran bahawa tindakan mereka memberi kesan kepada diri mereka sendiri. Anak kita kita marah, itu juga suatu bentuk behaviorisme. Para pelajar kita lewat, kita asak dengan sindiran, itu juga suatu bentuk penggunaan stimulus auditori-psikologi yang bertujuan mengekang sikap suka berlambat-lambat mereka.
Comments
Post a Comment