Marilah kita berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Pertama, sememangnya tidak ada had dan garis panduan yang dipersetujui dalam perihal menghukum serta mengganjari murid sekolah. Budi bicara guru menjadi ukuran asas kemunasabahan tindakan yang dilakukan.
Kedua, tidak ada had dan garis panduan asas pula terhadap reaksi ibu-bapa atau penjaga dalam menyikapi hukuman dan ganjaran yang dikenakan kepada anak-anak mereka. Justeru, mereka dilihat bebas untuk membuat apa saja tindakan, termasuklah tindakan fizikal dan legal. Ini meletakkan kedua-duanya dalam situasi runcing, satu kurang mempercayai yang lagi satu.
Noddings, sewaktu mengemukakan pedagogi berasaskan kebahagiaan, dikritik hebat oleh para pedagogi kontemporari. Mereka mengatakan bahawa pendirian Noddings yang menyeru guru mengutamakan pengajaran moraliti telah mengalih fokus pendidikan daripada menghasilkan manusia kompeten. Kritik mereka lagi, pendidikan sedemikian seharusnya didapatkan di rumah pelajar itu sendiri, bukan bertumpu di sekolah.
Kita perlu bersetuju, bahawa kanak-kanak belum mempunyai konstruk moral yang kukuh pada awal usia mereka. Mereka hanya mampu meniru apa yang selalu mereka lihat pada orang dewasa, menganggap ibu-bapa mereka sebagai 'Supreme Moral Being', tanpa perlu memahami signifikan perkara yang mereka tiru itu. Pendekatan kedua, adalah melalui penyikapan, yakni pembiasaan perilaku melalui metode hukuman atau ganjaran.
Kerana itu, ibu-bapa bukan hanya perlu tahu mengkritik dan menunjukkan contoh yang buruk dengan bersikap impulsif terhadap pendidik. Mereka perlu betul-betul mengambil langkah menyiasat atau bersemuka secara baik dengan guru yang berkenaan. Mereka perlu turut memainkan peranan lebih besar mereka dalam membentuk dimensi moral anak mereka sendiri.
Dalam masa yang sama, para pendidik perlu menjadikan metode hukuman fizikal sebagai "pilihan terakhir yang tidak perlu dibuat". Hukuman fizikal tidak langsung serta konstruktif seperti membersihkan kelas, pulang lewat sesuai untuk murid Tahap 1, manakala pendekatan intuitif seperti dialog mengenai cita-cita dan minat, peranan murid dalam keluarga serta sejarah lampau sesuai untuk murid Tahap 2 yang sudah mempunyai konstruk asas moral dan aktualisasi diri.
Yang turut diperhatikan adalah perlunya suatu dialog guru-penjaga dalam menentukan had dan garis panduan yang spesifik, termasuklah keberkesanan dan implikasi hal tersebut kepada anak didik. Dengan begini, mudahan proses melahirkan manusia yang kompeten dan bahagia, bermoral dan berdisiplin dapat berjalan dengan lancar.

Comments
Post a Comment